Aku Masih Dara [Malay Movie] 2010

Friday, January 14, 2011 / Comments (0) / by TeNgKu JeBAt iMrAn


Ahmad Idham sekali lagi diberi kepercayaan oleh MIG Productions Sdn. Bhd (MIG) untuk mengemudi filem terbaru, Aku Masih Dara.

Filem yang mengisahkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja itu berdasarkan kisah benar yang dilalui oleh seseorang yang menyebabkan dia berasa terpanggil untuk mengarah.

"Ia adalah pembongkaran kepada masalah remaja islam zaman sekarang yang makin jauh tersasar daripada landasan sebenar. Filem ini sangat dekat dengan masyarakat kerana ia benar-benar berlaku di Malaysia pada hari ini. Ideanya datang selepas saya mendengar kisahnya daripada seseorang.

"Pelbagai isu yang diketengahkan - daripada pergaulan bebas hinggalah kepada masalah dadah. Contohnya, saya cuba mengupas mengenai pelbagai pemahaman berbeza mengenai agama Islam. Di sini, saya banyak selitkan unsur-unsur nasihat dan dakwah" kata Idham yang ditemui, baru-baru ini.

Idham turut menjelaskan, kejayaan memberangsangkan melalui filem yang bercorak keagamaan seperti Syurga Cinta yang ditayangkan tahun lalu mendorong MIG menerbitkan filem ini. Namun ia bukanlah sambungan dari filem tersebut tetapi menggunakan konsep dan pendekatan yang sama iaitu dakwah.

TRAILER FILEM


DOWNLOAD HERE

0 comments: